Make your own free website on Tripod.com

Home

Kieran | Rostam | Nila Kurnia | Fara Fauzana | Nadira Azizan | Khairil Rashid | Seelan Paul | Linda_Onn | Halim Othman | Kudsiar_Kahar | Laluan Lain | Galeri Dj Era.Fm | Galeri Staf Eraroom
~`Era.Fm Chat Corner`~
Nila Kurnia

Nama Penuh Nila Kurnia Bt. Mohd. Ariff

Tarikh Lahir : 6 February 1973

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Zodiak : Aquarius

Keluarga : Anak bongsu dari 8 adik beradik ( 2 lelaki, 6 perempuan)

Filem kegemaran : Filem-filem yang bercorak triller, action selalunya jadi pilihan saya

Lagu Kegemaran : Tak ada yang tertentu. Janji lirik ok, music sedap, suara penyanyi pun bagus.saya ok aje

Binatang kesayangan : Ewok, Kucing Parsi yang dibeli dari kawan yang nak berpindah ke luar Negara dengan harga cuma RM 200. Tapi dah hilang ikut kucing betina. Ewok ni lah geng saya masa boring-boring. Dia ni cute dan pandai sangat ambil hati saya bila balik rumah lepas penat bekerja. Tapi Si Ewok ni miang sikit. Pantang nampak kucing betina lain lalu depan rumah, mesti nak di ikutnya. Masa dulu, kalau dah 8pm, Ewok tak balik rumah, saya dengan mak mesti panic cari Si Ewok dalam semua longkang. Kalau siapa-siapa yang pernah ternampak 2 orang perempuan dok terayap-rayap pakai torchlight tercari-cari benda dekat kawasan perumahan di Taman Sri Gombak tu, maknanya I tu lah saya dengan mak tengah cari Si Ewok..hacov jadinya.

Makanan kegemaran anda? : Bab makan rasanya saya lah yang paling terror, kalau tak percaya cuba tanya Linda Onn (sebab dia cukup happy bila dapat comen pasal pemakanan saya).jadi kalau di tengok dari size badan saya, memang lah orang akan tahu yang saya ni hobinya suka makan apa aje janji halal.bak kata.tolak batu ngan kayu je le

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? : Entah le, cuba tanya Seelan Paul dia ni memang pakar dalam bab bab ni. Ha! ha! ha!

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai/lain-lain? : Squba Diving adalah satu daripada minat saya, memasak (kalau dah pandai makan, masak pun same lah jegek), bercerita sampai pagi, menari depan cermin dan menyanyi dalam bilik air adalah salah satu kebolehan yang saya ada

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Saya cukup menyampah gosok baju, itu pasal lah kalau nak beli kain ataupun baju saya akan cuba cari yang tak payah nak digosok-gosok.tapi kadang-kadang tu terpaksa jugek.

Saat yang paling meresahkan yang pernah anda alami dalam kehidupan : Semasa saat Abah saya bergelut dengan nyawanya. Abah saya sakit kuat akibat penyakit lemah jantung, kencing manis serta cancer perut. Sebab faktor umur Abah saya yang dah banyak maka sakitnya semakin teruk. Mak, saya serta adik beradik yang lain puas jaga Abah saya masa hayatnya sehingga saat-saat terakhirnya. Kehidupan harian saya semasa Abah sakit adalah waktu siang di pejabat dan malamnya dihospital. Memandangkan tinggal saya yang masih tak kahwin, jadi adalah tanggungjawap saya mengantikan mak setiap malam. Pada hari ayah saya meninggal, saya berada ditempat kerja. Selepas diberitahu oleh Abang saya melalui talipon pukul 5.45pm, saya bergegas pulang. Dengan hati yang sangat sedih, tapi tak boleh nak nangis, saya cuma duduk diam tanpa kata macam sami Budha didalam kereta yang dipandu oleh seorang kawan, sebagai anak bongsu yang manja dengan Abah, saya rasa kalut dan resah sangat, nak menghadapi jenazah ayah saya. Nak percaya macam tak, tak percaya pun tak boleh juga. Selain daripada cerita abah saya ada lagi satu cerita yang mesti nak saya ceritakan disini juga (kan dah bilang tadi, saya ni memang suka bercerita.!!!) Cerita ni pasal seorang, teman yang sangat rapat dengan saya, dia lah tempat saya mengadu, tempat saya nak releasekan tension. Tak pernah saya jumpa sebaik-baik manusia macam dia. Teman saya ini tinggal di Singapura. Seorang yang sangat penyayang, sampai kadang-kadang tu dia lebih sayangkan orang daripada dirinya sendiri. Saya dengan dia ada simpan perasaan tetapi mungkin dia dah boleh rasa yang satu hari dia akan tinggalkan saya maka, hubungan saya dengannya tak ubah macam kawan yang baik, tapi kadang-kadang susah nak diramalkan sebab kita berdua memang ada juga feeling feeling. Dia selalu okay aje dengan apa aje benda yang saya buat, kepala angina saya pun dia relax aje. Satu hari dia call saya dan kata yang dia nak datang jumpa saya. Saya pun mengiakan aje. Cara dia cakap dengan saya hati tu. lain sangat, caranya macam sayang semacam dengan saya. Tapi 3 hari sebelum dia datang jumpa saya, saya terima satu lagi panggilan yang mengatakan dia dalam koma, akibat terjatuh semasa menjalani latihan NSnya. Saya ke KLIA bergegas ke Singapura. Sesampai disana semunya tengah tunggu saya, rupanya doctor dah kata nak cabut wayar saluran pernafasan yang bembantunya untuk bernafas dalam masa 2 jam lagi kalau dia masih tak memberikan sebarang tindak balas. Bayangkan lah dalam tak sampai setahun saya hilang sekaligus 2 lelaki penting dalam hidup saya Abah dan juga Lan. Masa tunggu 2 jam tu saya rasa resah macam nak keluar semua jantung saya. Masa tu cuma tuhan yang tahu. Sampai sekarang ni kalau teringat aje cerita ni saya jadi tak sedap semacam. Terkejut saya, kehilangan keduanya kadang-kadang terasa lagi sampai sekarang ni.Kalau boleh saya tak nakkkkkkkk lagi rasa macam ni.

Kenangan paling indah yang anda alami dalam karier anda sebagai penyampai ERA. : Pertama sekali apabila dapat bekerja dengan Station yang diiktirafkan sebagai Radio Station Berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia. Selain daripada itu, berpeluang belajar dengan penyampai-penyampai yang lebih professional dan lebih berpengalaman daripada saya. Kami di ERA ni semua dah macam satu keluarga. Rasanya kalau pergi ketempat lain, mungkin sinerionya tak akan seakrab ini. Saya juga rasa sangat gembira apabila ada ramai juga pendengar yang bertanyakan akan saya melalui kiriman mereka bila saya tidak keudara. (ini maknanya, ada yang mengengar suara saya, terima kasih pada semunya yang sudi mendengar celoteh merepek saya)BR>

Peristiwa yang membuatkan anda geram dan marah sampai saat ini. : Apabila kawan sekerja yang saya anggap seperti adik saya sendiri, mereka cerita-cerita buruk yang tak betul tentang saya melalui e-mail dan akhirnya sampai kepada saya. Apabila baca kandungannya saya jadi sedih, marah dan geram sangat. Sampai hari ini saya tak bercakap dengannya. Saya juga cukup geram pada orang-orang yang suka menilai diri saya dari luaran tanpa mengenal siapa saya yang sebenarnya. (tak kenal maka tak cinta)

Peristiwa lucu yang pernah terjadi dalam kehidupan anda. : Terjadi masa saya jadi pengapit seorang kawan kerja saya Nora, boleh dikatakan wedding dia ni kira wedding of the year lah untuk tahun tu, majlis di buat besar-besaran dan seminggu sebelum tu saya dah siapkan baju vogue vogue untuk majlis tu. Reception sebelah lelaki di adakan di hotel Concorde K.L, masa nak berarak pengantin kepelamin,tengah best-best jalan and lagi sikit nak sampai kat pelamain tu tiba-tiba saya TERGOLEK DOG, macam Nangka busuk disebabkan terpijak carpet yang bergumpal kat lantai. Habis glamour akak dikkkkk.dah cantik-cantik tersembam pulak kat lantai, tak ke haru biru jadi nya reception orang tu dengan gelak tawa tetamu.lepas kes tu, berbulan-bulan tak boleh nak tidur sebab malu, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Masa mula-,mula jadi tu, rasa horrornya semacam, tapi bila dah 3 setengah tahun cerita ni terjadi.bila teringat cerita ni saya dah boleh relax and ketawa.kalau dulu boleh nangis mati kemaluan dek...!!!

Apakah kelemahan anda yang paling ketara? : Saya ni nampak aje kasar, tapi sebenarnya saya ni tergolong dalam golongan orang-orang yang cenggeng ataupun mudah menangis. Saya juga keras kepala dan kadang-kadang mudah naik angin. Kelemahan ni kalau boleh nak lah saya buang serta-merta.

Siapakah yang anda paling cuba elakkan daripada bersemuka? : Hantu Momok. Saya ni orang kata mata halus, rajin juga ternampak benda-benda yang tak best, yang buat saya kadang-kadang lemah giler

Jika ditawarkan berlakon watak utama, peranan yang macamanakah yang anda suka lakonkan? : Mesti lah watak wanita yang berani, pintar dan berkarisma tinggi, macam watak-watak dalam Charlie''s Angels, Tomb Rider, Alias dan Ally McBeal kalau boleh digabungkan semua watak-watak tu.lagi POWER

Pengertian anda tentang cinta sebenar : Cinta mesti selalu IKHLAS, Sanggup terima seseorang itu SEADANYA, TULUS, BERTOLAK ANSUR serta SUCI. Kadangkala cinta perlukan PENGORBANAN, seseorang itu harus sanggup bekorban serta SELALU SETIA pada cintanya demi memiliki CINTA SEJATI.

Jika diberi 1 juta, apa yang akan anda lakukan terhadap wang tersebut? : Wow.satu juta tu banyak woiii.! Tapi kalau ada lah satu juta tu, selain daripada kasi 10% kat mak saya dan bayar hutang kad credit, saya pasti akan rollingkan duit tu pada sumber-sumber yang halal yang boleh mendatangkan faedah dan pulangan yang cukup lumayan. Insyaallah saya akan laburkan duit untuk dibuat Masjid dan Sekolah. Kemudian saya nak bawa mak serta semua ahli keluarga saya mengerjakan Haji. Saya nak beli rumah dan kereta dan buka company sendiri. Saya juga harap agar allah sentiasa lindungi saya agar tak mudah lupa diri bila ada duit yang berkepok-kepok ni..jadi saya nak bersedekah mana yang mampu..yang lain-lainya.kalau betul-betul dah ada duit SATU JUTA ni baru boleh CRITA LEBIH-LEBIH. Doa-doakan lah mudah-mudahan termakbul, bukan saya aje yang senang, korang pun turut sama! (like real only!).

Idola anda. Mengapa? : Mak saya (Raja Zainoon Bt. Dato raja Mohamed). Mak saya adalah orang yang paling cool dalam dunia ni. Dia dah banyak tempuh susah senang dalam hidup. Lahir zaman Jepun, sampai lah ke zaman Cyber sekarang ni. Terlalu banyak pahit manis yang dia dah tempuh, mak saya tak pernah mengeluh membesarkan kami 8 beradik yang banyak songgeh ni, terutama SAYA. Selain daripada tu mesti lah Dr. Mahadhir Mohamed. Seorang pemimpin yang vocal, disegani dan dikenali di seluruh dunia. Kalau pergi overseas, bilang aje dari Malaysia, mesti nama Dr M yang keluar dari mulut dia orang tu..Class lagi!

Jika anda menjadi wakil rakyat, apakah pelan tindakan anda untuk membangunkan kawasan DUN anda? : Apa soalan susah-susah ni?. Tapi takpe. Kalau saya jadi wakil rakyat, saya nak make sure kawasan rumah saya tu di sediakan tempat untuk orang berjogging supaya penduduk sentiasa sihat, polis mesti sentiasa round area tu untuk keselamatan penduduk, lepas tu mesti ada dewan serbaguna yang ada aircord supaya kalau ada kerja kahwin, tak lah berpeluh-peluh, masjid pun nak dipasang aircornd, jalanraya yang berlubang-lubang tu nak dibetulkan. Jalan pun dibesarkan supaya tak jam macam sekarang ni, tempat main skateboard untuk anak-anak buah saya dan anak-anak penduduk lain didirikan. Bibuat satu sports center yang lengkap dengan Swimpool, Badminton Court, Tennis Court dan Gymnasium serta Padang Golf. Kawasan perumahan di tanam dengan banyak pokok-pokok yang disusun supaya redup sehingga jadi satu landskap yang cantik ala ala resort, dengan ni baru lah hidup semua orang jadi relax and hati pun sentiasa senang aje.

Destinasi pelancongan pilihan dalam dan luar negara: : Saya memang gemar melancong, Alhamdulillah banyak juga tempat yang dah saya lawati.Kalau dalam Negara, saya pilih Pulau Sipadan Sabah dan Pulau Perhentian Trengganu. Dan kalau luar negara pulak saya pilih Paris, Rome, Gold Coast Australia, Pulau Maldives, Thailand dan Bali

Harapan anda 5-10 tahun akan datang tentang karier anda. : Ingin menjadi Employee yang terbaik, dicontohi, serta dihormati kerana Knowledge serta cara saya mengendalikan setiap tugasan yang diberikan kepada saya (mudah-mudahan hendaknya)