Make your own free website on Tripod.com
Galeri Dj@member Eraroom!!

Home

Kudsiar Kahar
Halim Othman
Linda Onn
Seelan Paul
Khairil Rashid
Nadira Azizan
Fara Fauzana
Nila Kurnia
Rostam
Nana
Kieran
Kudsiar Kahar

<Nama Penuh : Kudsia Kahar

Tarikh Lahir : 6 Mei

Tempat Lahir : I budak KL

Zodiak : Taurus -degil mak oii!

Keluarga : Mak, bapak, adik dan 8 ekor kucing

Filem kegemaran : Semua filem komedi P.Ramlee

Lagu Kegemaran : Wah!, kalau nak cerita sampai minggu depan pun tak habih

Binatang kesayangan : Kucing

Makanan kegemaran anda? : Mee Hoon kari kat restoran Madam Kwan's! No taugeh please, extra sambal dan satu mangkuk cili padi!

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? : Warna rambut kot!

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai? : Berlakon. So far adalah kecik-kecik punya watak dalam KL Menjerit, Mr. Cinderella dan Laila Isabella...tak campur lagi teledrama kat RTM dolu-dolu.

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Parking kereta kat rumah, memandu waktu ada jam dan bayar bill!!

Saat yang paling meresahkan yang pernah anda alami dalam kehidupan :Sewaktu orang yang saya sayangi terpaksa menjalani pembedahan emergency selama 4 jam dan saya terpaksa menunggu di bilik hospital tanpa apa-apa berita.

Kenangan paling indah yang anda alami dalam karier anda sebagai penyampai ERA. : Finale AE2002 - sorakan penonton sewaktu Amy. Ella dan Ramli Sarip menyanyi amat membanggakan!.

Peristiwa yang membuatkan anda geram dan marah sampai saat ini. : Bila ada satu dua reporter ni menulis benda yang tak benar, ataupun menulis tanpa menyemak fakta tentang ERA.

Peristiwa lucu yang pernah terjadi dalam kehidupan anda. : Ooo...banyak sangat boleh buat buku.

Apakah kelemahan anda yang paling ketara? : Cepat hilang sabar dengan pemandu yang lembab/nak berlumba/tak reti bawak kereta.

Siapakah yang anda paling cuba elakkan daripada bersemuka? : Adalah....satu orang ni.....paling saya tak gemar.

Jika ditawarkan berlakon watak utama, peranan yang macamanakah yang anda suka lakonkan? : Ooo...kalau pelem lama saya nak buat watak Ogy dalam Ali Setan....kalau pelem baru saya nak jadi Bridget Jones.

Pengertian anda tentang cinta sebenar : Cinta sebenar ialah cinta yang tidak terbatas, dan anda tidak cuba mengubah seseorng itu, sebaliknya anda dapat menerima baik-buruknya dan tetap menyayanginya.

Jika diberi 1 juta, apa yang akan anda lakukan terhadap wang tersebut? : Separuh disimpan dan separuh lagi dibahagi-bahagikan untuk badan-badan amal.

Idola anda. Mengapa? :Sebenarnya ramai sekali.

Jika anda menjadi wakil rakyat, apakah pelan tindakan anda untuk membangunkan kawasan DUN anda? : -.

Destinasi pelancongan pilihan dalam dan luar negara. : Langkawi, Melaka dan Paris (ada Keluarga disana).

Bagaimana anda ingin diingati? : Sebagai seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru

Selain daripada kunci dan dompet, apakah barang yang anda mesti bawa bersama? : Lipstick, cermin, CD, bedak dan handphone

Pakaian kegemaran anda? : Jeans dan kemeja

Apa yang membuat kehidupan menjadi begitu bernilai? : Setiap hari berlainan daripada hari sebelumnya

Bau minyak wangi kegemaran dan jenama minyak wangi kegemaran anda? :
1. Body shop- scent of a women
2. Estee Lauder- Pleasure
3. Christian Dior - J''adore
4. Giorgio Armani - Acqua de Gio

Harapan anda 5-10 tahun akan datang tentang karier anda? : Hmmm....kena tunggu dan tengok...manalah tau jadi drebar van DBKL ke....

Lengkapkan ayat ini : Jika saya bukan seorang penyampai, saya ingin menjadi Seorang pereka hiasan dalam rumah