Galeri Dj@member Eraroom!!

Home

Kudsiar Kahar
Halim Othman
Linda Onn
Seelan Paul
Khairil Rashid
Nadira Azizan
Fara Fauzana
Nila Kurnia
Rostam
Nana
Kieran
Khairil Rashid

<<Nama Penuh : Khairil Azwan Mohd Rashid a.k.a Khairil Rashid

Tarikh Lahir : 20 Mei 1971

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Zodiak : Taurus

Keluarga : Seorang isteri, sepasang cahayamata

Filem kegemaran : Azura, Ali Setan, Star Wars, Gosok

Lagu Kegemaran : Srikandi Cintaku (Bloodshed), Permata Suria (spider)

Binatang kesayangan : Kucing

Makanan kegemaran anda? : 1. Sate. 2. Kebab 3. Burger yang dijual kat stall. 4. Ayam Percik

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? :Ada tahi hidung masih melekat di tepi hidung!

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai? : Bermain gitar, membuat lirik lagu *NewBoyz, Taugeh), bermain bola sepak dengan baik.

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Basuh kereta, potong rumput, mengelap tingkap di bangunan tinggi!

Saat yang paling meresahkan yang pernah anda alami dalam kehidupan :Menyambut kelahiran anak-anak, terutama yang pertama.

Kenangan paling indah yang anda alami dalam karier anda sebagai penyampai ERA. : Ditawarkan beberapa undangan sebagai pengacara majlis-majlis (boleh tambah pendapatan...)

Peristiwa yang membuatkan anda geram dan marah sampai saat ini. : Pembunuhan dan kekejaman Israel dan Amerika dan sekutu-sekutu dua ekor ni terhadap rakyat Palestin khursusnya dan Iraq. Entah giliran negara Islam mana pulak lepas ni....

Peristiwa lucu yang pernah terjadi dalam kehidupan anda. : Main lagu entah apa-apa ntah kat satu majlis orang kahwin kat Melaka dengan member-member band lama. Aku pun tak tahu macamana aku boleh main gitar kat situ lak!!

Apakah kelemahan anda yang paling ketara? : Bangun lambat.

Siapakah yang anda paling cuba elakkan daripada bersemuka? : George W. Bush, Tony Blair dan Ariel Sharon & Families.

Jika ditawarkan berlakon watak utama, peranan yang macamanakah yang anda suka lakonkan? : Superhero.

Pengertian anda tentang cinta sebenar : Sentiasa bersama-sama menempuh susah dan senang dalam kehidupan.

Jika diberi 1 juta, apa yang akan anda lakukan terhadap wang tersebut? : Pergi haji, bayar hutang, buat rumah, belanja makan rumah kebajikan, bagi kawan/saudara pakai bila sesak (hari tu hari kita, esok-esok....?)

Idola anda. Mengapa? :Allahyarham P.Ramlee. Di kelakar & suka buat sesuatu yang lain.

Jika anda menjadi wakil rakyat, apakah pelan tindakan anda untuk membangunkan kawasan DUN anda? : Adakan tempat riadah sukan X-treme dan futsal. Sure ramai remaja yang nak join, kan? Sila beratur dan ambil borang.....

Destinasi pelancongan pilihan dalam dan luar negara. : Langkawi, Kuantan Pulau Pangkor, Tanah Suci Mekah, Beijing dan Los Angeles.

Bagaimana anda ingin diingati? : Dengan perkara-pekara baik yang pernah dilakukan

Selain daripada kunci dan dompet, apakah barang yang anda mesti bawa bersama? : Telefon

Pakaiaan kegemaran anda? : Jersey ERA F.C peribadi saya !

Apa yang membuat kehidupan menjadi begitu bernilai? : Sifat hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Bau minyak wangi kegemaran dan jenama minyak wangi kegemaran anda? : Eternity

Harapan anda 5-10 tahun akan datang tentang karier anda : Dah ada syarikat sendiri yang mengendalikan sebuah rancangan TV yang dihoskan dan hasil idea saya sendiri dan seorang rakan penyampai (tunggu la nanti di TV kegemaran anda...)

Lengkapkan ayat ini: Jika saya bukan seorang penyampai, saya ingin menjadi Bintang RTM