Galeri Dj@member Eraroom!!

Home

Kudsiar Kahar
Halim Othman
Linda Onn
Seelan Paul
Khairil Rashid
Nadira Azizan
Fara Fauzana
Nila Kurnia
Rostam
Nana
Kieran
Kieran

<<Nama Penuh :Mas Kiran Jakiran

Tarikh Lahir : 24 April 1975

Tempat Lahir : Kuala Selangor, Selangor

Zodiak : Taurus

Keluarga : Seorang jer

Filem kegemaran : Braveheart dan Legend of the Fall

Lagu Kegemaran : I live my life for you (firehouse)

Binatang kesayangan : Ikan laga- ada dua ekor....baru jer seminggu beli he..he..he Nak kasi dia besar, lepas tu boleh goreng....nak masak tiga rasa

Makanan kegemaran anda? : Semua masakan ibu saya...walaupun saya tak suka masakan pedas...tapi yan mak saya masak punyer...pedas camner pun mesti settle punya...

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? : Rambut kot!! Sebab rambut saya panjang

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai? : Bersukan....mungkin saya boleh jadi ahli sukan yang baik...

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Pakai contact lense (leceh), Memesan makanan (tak tahu nak makan apa-orang bujanglah katakan), Bila nak tidur (susah sangat nak lelap)

Saat yang paling meresahkan yang pernah anda alami dalam kehidupan :Semasa ibu saya hendak pergi ke Tanah Suci menunaikan haji dua tahun lepas....dari kecil saya memang tinggal dengan ibu jer...jadinya..itulah pertama kalinya saya berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang agak lama....lagi satu..ibu saya pergi ke Mekah seorang diri....tiada saudara mara yang menemani...lagilah saya risau...nasib baik ada kawan-kawan yang membantu beliau disana...tempoh masa selepas saya hantar ibu saya ke Tabung Haji Kelana Jaya hinggalah saat-saat saya melihat wajahnya kembali ke KLIA lebih kurang 44 hari selepas itu merupakan saat yang paling tak boleh saya lupakan..Alhamdulillah, beliau telah pergi dan kembali dengan selamat...

Kenangan paling indah yang anda alami dalam karier anda sebagai penyampai ERA. : Tak banyak kot..sebab baru jer kerja...saat yang paling best tu mungkin bila pertama kali ke udara kat ERAlah...masa mula-mula sekali nak cakap...`Pilihanmu di ERA...anda bersama saya Kieran dan rakan tugas saya Nila Kurnia...menemani anda hinggalah jam 12 malam nanti...telefon kami di 03-9543 3355 untuk anda memilih dua buah lagu yang paling anda gemari...''

Peristiwa yang membuatkan anda geram dan marah sampai saat ini. : Apabila kehilangan semua wang simpanan saya dalam pasaran saham di BSKL pada tahun 1997 (Masa ekonomi kita merudum tulah)...Geram sebab duit semua habis...marah kat diri saya sebab saya tamak sikit masa tu...dan untung nak untung lagi...lepas tu....abissss semuanya

Peristiwa lucu yang pernah terjadi dalam kehidupan anda. :Pernah dimarahi oleh seorang wanita semasa sedang membeli belah di Kuala Lumpur...kerana katanya saya telah memutuskan hubungan dengan adiknya...Lepas kena leter lebih kurang 5 minit saya tanya kat dia...akak...you tahu tak nama saya...Dia dengan konfiden menjawab..Ei..Iskandar, tak de benda lain ke kau nak tanya aku?? Saya dengan selamba jer kata memanglah tak der...sebab saya Kieran...bukan Iskandar

Apakah kelemahan anda yang paling ketara? : Gopoh sikit kot!!Agarnya la

Siapakah yang anda paling cuba elakkan daripada bersemuka? : Sesiapa saja yang saya rasa saya ada buat salah kat dia dan saya masih belum meminta maaf darinya...

Jika ditawarkan berlakon watak utama, peranan yang macamanakah yang anda suka lakonkan? :Nak jadi mafia dan lakukan jenayah terancang..dan di akhir cerita polis gagal menangkap saya

Pengertian anda tentang cinta sebenar : Cinta yang tidak mengenal usia, rupa dan harta

Jika diberi 1 juta, apa yang akan anda lakukan terhadap wang tersebut? : Beli segala keperluan hidup dulu..lepas tu simpan sikit kat bank untuk pelaburan masa depan...lepas tu sedekahkan sebahagiannya kat rumah kebajikan...biar semua orang merasa duit yang saya dapat tu...lepas tu buat kenduri..panggil orang kampung datang makan

Idola anda. Mengapa? :Orang itu ialah ibu saya...kerana daripada kecil saya memang begitu rapat dengannya..saya telah melihat bagaimana beliau melalui keperitan hidup yang bukan sedikit...tapi beliau tetap sabar dan tabah

Jika anda menjadi wakil rakyat, apakah pelan tindakan anda untuk membangunkan kawasan DUN anda? :Memastikan kemudahan asas yang cukup, Memberikan kemudahana pendidikan pada tahap yang tertinggi dan terkini, Cuba menunaikan segala bentuk aduan yang diterima daripada penduduk dengan secepat yang mungkin

Destinasi pelancongan pilihan dalam dan luar negara. : Sabah kot, sebab kat situ ada banyak pulau yang cantik-cantik dan ada gunung Kinabalu, dan di luar negara pula di Eropah kerana terdapat banyak kesan sejarah di sana terutamanya sejarah kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu

Bagaimana anda ingin diingati? : Sebagai seorang yang suka membantu orang lain

Selain daripada kunci dan dompet, apakah barang yang anda mesti bawa bersama? : Sikat- sebab rambut saya panjang...dan juga chewing gum sebab saya tak hisap rokok

Pakaian kegemaran anda? : Apa-apa sahaja yang selesa

Apa yang membuat kehidupan menjadi begitu bernilai? : Sifat kasih sayang antara manusia dan keindahan alam ciptaan yang maha Esa

Bau minyak wangi kegemaran dan jenama minyak wangi kegemaran anda? : Issey Miyake dan Bvulgari

Harapan anda 5-10 tahun akan datang tentang karier anda : Ingin berjaya dalam bidang hiburan, ada bisnes sendiri dan mempunyai keluarga yang sempurna

Lengkapkan ayat ini: Jika saya bukan seorang penyampai, saya ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya