Galeri Dj@member Eraroom!!

Home

Kudsiar Kahar
Halim Othman
Linda Onn
Seelan Paul
Khairil Rashid
Nadira Azizan
Fara Fauzana
Nila Kurnia
Rostam
Nana
Kieran
Nadira Azizan

Nama Penuh : Nadira Azizan

Tarikh Lahir : 18 November 1976

Tempat Lahir : Kg. Kota Tampan Air, Lenggong Perak

Zodiak : Scorpio

Keluarga : 11 orang, anak bongsu

Filem kegemaran : Tak ada

Lagu Kegemaran : Tak ada

Binatang kesayangan : Tak ada

Makanan kegemaran anda? : Yang pedas!

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? : Tanyalah orang yang pandang saya tu

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai? : Tukang karut!

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Permulaan pagi yang tidak baik

Saat yang paling meresahkan yang pernah anda alami dalam kehidupan :Bila tak pasti tentang sesuatu keputusan yang dibuat.

Kenangan paling indah yang anda alami dalam karier anda sebagai penyampai ERA. : Semuanya indah.

Peristiwa yang membuatkan anda geram dan marah sampai saat ini. : Sesuatu yang tidak boleh dikongsi dengan semua orang.RAHSIA.

Peristiwa lucu yang pernah terjadi dalam kehidupan anda. : Dah tak ingat sebab banyak sangat.

Apakah kelemahan anda yang paling ketara? : Tanyalah orang yang tak suka saya.

Siapakah yang anda paling cuba elakkan daripada bersemuka? : Orang yang menyusahkan saya.

Jika ditawarkan berlakon watak utama, peranan yang macamanakah yang anda suka lakonkan? : Watak orang gila

Pengertian anda tentang cinta sebenar : Membahagiakan dalam apa jua keadaan.

Jika diberi 1 juta, apa yang akan anda lakukan terhadap wang tersebut? : Tak pernah terfikir.

Idola anda. Mengapa? : Tiada

Jika anda menjadi wakil rakyat, apakah pelan tindakan anda untuk membangunkan kawasan DUN anda? : Bina tadika, sekolah rendah..sekolah menengah dan universiti dalam satu tempat.

Destinasi pelancongan pilihan dalam dan luar negara. : Langkawi dan Paris

Bagaimana anda ingin diingati? : Dengan sedekah Al-Fatihah

Selain daripada kunci dan dompet, apakah barang yang anda mesti bawa bersama? : Buku telefon untuk kecemasan

Pakaian kegemaran anda? : Jeans dan T-shirt

Apa yang membuat kehidupan menjadi begitu bernilai? : Apabila anda tahu menghargai sebuah kehidupan

Bau minyak wangi kegemaran dan jenama minyak wangi kegemaran anda? : Yang lembut dan tak kuat sangat baunya dan jenama apa-apa pun boleh asalkan non alkohol

Harapan anda 5-10 tahun akan datang tentang karier anda. : Masih lagi dalam bidang penyiaran

Lengkapkan ayat ini: Jika saya bukan seorang penyampai, saya ingin menjadi Seorang yang dihormati dan disenangi oleh semua orang terutama yang berada di sekeliling saya tak kira walau dalam bidang apa sekalipun

Enter content here

Enter supporting content here